Tuesday, October 7, 2008

Wan Sulaiman

Wan Sulaiman bin Wan Abdullah
Oleh: Wan Mohd. Hazim bin Wan Abdullah.

Dilahirkan di Kampong Surau, Pekan Kelantan, pada tahun 1890an. Merupakan anak lelaki sulung Wan Abdullah bin Wan Nuh. Berkahwin dengan sepupu sebelah bapanya yang bernama Wan Hafsah binti Wan Ali. Pasangan ini telah dikurniakan 8 orang yang bernama Wan Rahmah, Wan Abdullah, Wan Musa, Wan Meriam, Wan Maimunah, Wan Mansor, Wan Zakaria dan Wan Ali.

Kebolehan beliau dalam ilmu tulis-menulis, kira-mengira dan minat beliau dalam bidang pertanian telah menyebabkan beliau dipilih oleh bapa mertuanya Wan Ali bin Wan Nuh sebagai setiausa syarikat keluarga Wan Nuh.

Wan Sulaiman mewarisi kepimpinnan bapanya Wan Abdullah dalam mentadbir mini estate Kuala Nal selepas kematian bapanya Wan Abdullah bin Wan Nuh. Walaupun Wan Sulaiman ligat mencari habuan dunia, namun ini tidak melalaikan beliau tentang habuan di akhirat. Beliau bukanlah seorang yang tamak yang hanya tahu menimbun harta untuk kepentingan diri sendiri bahkan beliau berpandangan sepatutnya dikongsi dengan orang lain.

Berbekalkan kesedaran inilah beliau memimpin keluarga beliau dan rakan-rakan beliau membeli mini estate Kuala Geh dari orang Inggeris dan mini estate Tanjung Batu dari orang Cina. Beliau juga menubuhkan Syarikat Kerjasama Pasir Pekan dan Syarikat Kerjasama Kilang Padi Lambor, Kubang Batang pada tahun 1957 sebagai menyahut seruan kerajaan yang menggalakkan orang melayu menubuhkan koperasi.

Ternyata Wan Sulaiman seorang yang amat yakin bahawa pelajaran boleh merubah nasib seseorang kearah yang terelebih baik dan boleh menjadi seorang yang berguna untuk masyarakatnya.Berbekalkan prinsip ini Wan Sulainman sanggup berhabis harta untuk membiayai pelajaran anak-anak lelakinya sehingga ke luar negeri seperti Wan Abdullah belajar di Indonesia, Wan Zakaria belajar di Singapura, Wan Ali belajar di India, Wan Musa di Selangor dan Wan Mansor belajar di Mesir.

Setelah tamat belajar anak-anak lelakinya diberi peluang menerajui badan perniagaan dibawah kelolaan Wan Sulaiman seperti mini estate Kuala Nal, mini estate Tanjung Batu, mini estate Kuala Geh, Pekan Langgar Sdn. Bhd, Syarikat Kerjasama Pasir Pekan Berhad dan Syarikat Kilang Padi Lambor Berhad Sebagai seorang yang amat menyedari kepentingan pelajaran agama dalam merubah nasib anak watan di kampongnya beliau telah menubuhkan wakaf falahiah.

Demi memastikan harta wakaf falahiah diuruskan menurut yang sepatutnya beliau telah dua orang pemegang amanah iaitu Nik Abdul Kadir bin Nik Mohamad sebagai pengerusi dan Wan Abdullah bin Wan Yusuf sebagai setiausaha serta bendahari. Berkat keikhlasan Wan Sulaiamn memakmorkan kaum keluarga dan rakan tualan menyebabkan Wan Sulaiman serta kaum keluarganya menjadi orang yang dihiormati oleh penduduk setempat. Wan Sulaiman meninggal dunia pada tahun 1970an kerana mengidap sakit batuk kering dan dikuburkan di tanah perkuburan Islam Kg. Surau, Pekan.

Selepas kematian Wan Sulaiman, tugas-tugas Wan Sulaiman dipikul sepenuhnya oleh anaknya Wan Zakaria bin Wan Sulaiman.yang bertindak sebagai Pentadbir Pesaka Wan Sulaiman serta isterinya Wan Hafsah binti Wan Ali selepas kematian mereka.

2 comments:

Wan Mohd Hazim said...

Malang bagi Wan Sulaiman, keistemewaan yang beliau kecapi kerana memperolehi kepercayaan menguruskan syarikat keluarga telah menimbulkan rasa iri hati dari adiknya sendiri iaitu Wan Mahmood. Sebagai adik bongsu Wan Sulaiman, Wan Sulaiman selalu menolong Wan Mahmood membeli tanah-tanah yang berpotensi. Malangnya Wan Mahmood kerana sifatnya yang tamak telah mengenepikan Wan Sulaiman. Pada satu ketika Wan Sulaiman telah ditawarkan orang membeli sebidang tanah, Wan Sulaiman kerana tidak mempunyai cukup wang telah berhutang dengan Wan Mahmood.Berita Wan Sulaiman mahu membeli tanah itu telah sampai ke telinga Wan Mahmood dan Wan Mahmood telah berjumpa dengan penjual tanah itu.Kepada penjual tanah itu Wan Mahmood memberitahu yang mahu membeli tanah itu ialah beliau bukannya Wan Sulaiman. Wan Mahmood telah mengajak penjual tanah itu ke Pejabat Tanah dan mendaftarkan tanah itu di atas namanya.(sebagaimana diceritakan oleh Wan Meriam bt Wan Sulaiman juga Wan Mansor b Wan Sulaiman).Dikatakan juga Wan Mahmood benci kepada Wan Sulaiman kerana menganggap dia lebih layak memimpin keluarga Wan Nuh kerana dia adalah menantu kepada Wan Ahmad iaitu anak lelaki tunggal Wan Ali (sebagaimana diceritakan oleh Wan Jamin b Wan Mahmood).Wan Mahmood telah banyak mewarisi barang-barang peribadi Wan Ali seperti keris,parang,tombak dan sebagainya. Kerana tidak tahu menilai, Wan Mahmood telah sama ada mennjual barangan itu sebagai besi buruk atau memberinya kepada orang yang meminta.(sebagaimana diceritakan oleh Wan Meriam bt Wan Sulaiman) Pada masa kini sebilah keris kepunyaan Wan Nuh dan sebilah parang kepunyaan Wan Ali berada ditangan Wan Yusoff b Wan Abdul Samad.

Wan Mohd Hazim said...

Kita sepatutnya berterima kasih kepada Wan Sulaiman kerana mempunyai kesedaran diatas kepentingan menyimpan bahan bertulis seperti surat menyurat dan minit mesyuarat, kalaulah tidak kerana sikap beliau yang perihatin menyimpan bahan-bahan bertulis secara sistematik, kita mungkin kehilangan hak ke atas rumah wakaf di Mekah. Kita juga mungkin tidak tahu apa yang sebenarnya berlaku ke atas syarikat-syarikat kepunyaan keluarga Wan Nuh seperti Pakatan Kebun Kuala Nal, Pakatan kebun Kuala Geh dan sebagainya. Kesedaran Wan Sulaiman kemudiannya diteruskan oleh menantunya Wan Abdullah b Wan Yusoff. Selepas kematian Wan Sulaiman, bahan-bahan bertulis yang disimpan oleh Wan Sulaiman telah diselongkar oleh anak-anaknya Wan Zakaria dan Wan Musa serta Wan Mansor, anak-anak Wan Sulaiman hanya berminat keatas dokumen yang berkaitan dengan pesaka Wan Sulaiman, selain dari itu diselerakkan sebagai sampah. Wan Abdullah diatas kesedaran bahan bertulis yang tinggal itu sebagai bahan sejarah telah mengumpul dan menyimpan semula bahan bertulis itu sebagaimana sepatutnya. Pada masa kini sebahagian besar bahan bertulis yang ada kaitan dengan keluarga Wan Nuh telah diserahkan kepada Arkib Negara Malaysia sebagai harta awam.